Pereka Fesyen Christian Cowan ialah Perunding Pengalaman Siri GTR 3 dan GTS 3 Baharu Jenama Peranti Boleh Pakai Pintar Amazfit



Pereka Fesyen Christian Cowan ialah Perunding Pengalaman Siri GTR 3 dan GTS 3 Baharu Jenama Peranti Boleh Pakai Pintar Amazfit

Pereka Fesyen Christian Cowan ialah Perunding Pengalaman Siri GTR 3 dan GTS 3 Baharu Jenama Peranti Boleh Pakai Pintar Amazfit

PR Newswire

NEW YORK, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Jenama peranti boleh pakai pintar global yang terkemuka, Amazfit, hari ini mengumumkan satu kerjasama baharu yang menarik bersama pelopor fesyen Christian Cowan yang menjadi Perunding Pengalaman Siri GTR 3 dan GTS 3 rasmi jenama ini.

Kerjasama ini bermula hari ini seiring dengan pelancaran tiga gaya baharu jam tangan pintar Amazfit: GTR 3 PRO, GTR 3 dan GTS 3. 

Apabila Fesyen Bertemu Teknologi Inovatif  

Amazfit ialah jenama yang menggalakkan pengguna untuk menghidupkan minat mereka dengan kemungkinan yang tidak berkesudahan. Sebagai sebuah syarikat aksesori teknologi peka fesyen, Amazfit turut mencipta produk yang menggalakkan pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Kerjasama yang unik bersama Christian Cowan ini memberi inspirasi kepada pelanggan Amazfit untuk menggabungkan fesyen dan teknologi moden bagi menghasilkan ekspresi gaya peribadi yang dapat dinikmati sepanjang tahun. GTR 3 PRO, GTR 3 dan GTS 3 dibangunkan untuk membantu orang ramai mengambil langkah pertama mereka menuju kecergasan pintar dan dalam masa yang sama kelihatan sangat bergaya dan sejajar dengan citarasa fesyen Christian Cowan yang meriah.

"Ini merupakan satu peluang yang hebat buat saya apabila dilantik sebagai Perunding Pengalaman bersama Amazfit. Waktunya sangat tepat pada musim ini apabila diperkenalkan pada minggu fesyen pertama yang sebenar sejak pandemik berlaku. Saya benar-benar perlu berusaha menjadi lebih baik dan GTR 3 Pro Amazfit telah menjadi bahagian yang penting dari segi tindakan mengimbangkan antara kehidupan profesional dan peribadi saya," ulas Christian Cowan.

Siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit sangat sesuai untuk dipadankan dengan pakaian serta aktiviti rasmi, santai dan sukan. Mudah digunakan, jam tangan pintar ini menampilkan ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan komprehensif serta hayat bateri yang sangat panjang, dikuasakan oleh Zepp OS yang intuitif.

OS yang baharu ini disesuaikan untuk mengoptimumkan prestasi peranti boleh pakai pintar Amazfit dan bukannya memindahkan OS telefon pintar susut kuasa ke pergelangan tangan pengguna. Dibina berkisarkan konsep untuk menjadi peranti yang ringan, lancar dan praktikal, OS ini membolehkan interaksi yang lebih mudah dan membantu pengguna menghapuskan operasi yang renyah dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding dengan sistem operasi jam tangan pintar sebelum ini.

Pengguna juga boleh menguji empat metrik kesihatan hanya dengan satu ketikan hasil daripada BioTracker™ PPG 3.0 6PD (fotodiod) terbina dalam yang mengukur empat metrik kesihatan (kadar degupan jantung, oksigen darah, tahap tekanan dan kadar pernafasan) dalam masa sesingkat 45 saat.

Latar Belakang Amazfit 

Amazfit merupakan jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka yang menawarkan portfolio produk yang luas termasuk jam tangan dan jalur jam pintar, fon telinga nirwayar TWS serta peranti kesihatan & kecergasan seperti sawat injak pintar dan timbangan komposisi tubuh pintar. Intipati jenama kami ialah Up Your Game (Berusaha Menjadi Lebih baik) dan kami menggalakkan pengguna untuk merealisasikan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas.

Amazfit ialah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) yang telah menghantar lebih 100 juta peranti sejak tahun 2014, dengan produk-produknya boleh didapati di lebih 90 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.amazfit.com

Latar Belakang Christian Cowan 

Christian Cowan mewakili kehidupan malam New York yang ditakrifkan semula untuk wanita moden.

Selepas melanjutkan pelajaran di Central Saint Martins di London, Christian berpindah ke New York dan mewujudkan kumpulan peminat selebriti yang mencakupi pelbagai industri.

Pernah menyediakan pakaian untuk beberapa bintang terhebat di dunia, Christian telah bekerjasama dengan jenama-jenama pengguna global untuk membawakan gaya terkenal beliau yang menggamit perhatian kepada peminat fesyen di seluruh dunia.

 

SOURCE Amazfit


Copyright PR Newswire 2021 PR Newswire. All Rights Reserved.