Hepmil Media Group Kumpul US$10 juta dalam Pendanaan Siri A



Hepmil Media Group Kumpul US$10 juta dalam Pendanaan Siri A

Hepmil Media Group Kumpul US$10 juta dalam Pendanaan Siri A

Pelaksanaan pengumpulan dana pertama Kumpulan ini disokong oleh pelabur-pelabur institusi bertujuan untuk menyokong rancangan pengembangan Asia Tenggaranya bagi menakrifkan semula industri kandungan dan hiburan rantau ini

PR Newswire

SINGAPURA, 26 November 2021 /PRNewswire/ -- Hepmil Media Group, syarikat media berpandukan teknologi yang terkemuka di Singapura mengumumkan pusingan pendanaan Siri A bernilai US$10 juta yang dipimpin oleh Quest Ventures, Pavilion Capital dan Bent Pixels untuk menyokong rancangan pengembangannya di rantau ini. Ini juga merupakan pengumpulan dana yang pertama oleh Kumpulan ini daripada pelabur-pelabur institusi sejak penubuhannya pada tahun 2015.

Hepmil Media Group berusaha mentafsir semula industri kandungan dan hiburan Asia Tenggara dengan pendanaan Siri A-nya. Karl Mak (6 dari kiri, duduk) dan Adrian Ang (4 dari kiri, duduk) mengasaskan syarikat pada tahun 2015 dan kekal aktif dalam operasi seharian. (PRNewsfoto/Hepmil Media Group)

(PRNewsfoto/Hepmil Media Group)

Kumpulan ini, yang memiliki syarikat-syarikat media SGAG, MGAG, PGAG serta agensi pencipta digital Hepmil Creators' Network akan memanfaatkan dana ini untuk mengukuhkan kepimpinannya dalam bidang media digital dengan memperluas platform serta keupayaan kandungan & penciptanya berserta pengembangan rangkaian e-sukan dan permainannya. Terdapat juga rancangan untuk mengembangkan lebih banyak aliran pendapatan terutamanya dalam membangunkan keupayaan kandungan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengusaha perdagangan serantau dalam usaha terus-kepada-pengguna mereka selain rancangan untuk berkembang ke Thailand dan Vietnam pada tahun 2022.

Karl Mak, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Hepmil Media Group berkata: "Bidang media digital di Singapura dan Asia Tenggara berubah dengan pesat sepanjang dekad yang lalu dan lebih ramai orang meluangkan masa mereka secara dalam talian untuk hiburan serta untuk memenuhi keperluan harian mereka. Kami turut menyaksikan semakin banyak jenama mencari penyelesaian media digital bersepadu yang berupaya untuk mendekati dan berinteraksi dengan audiens yang berkembang pesat dengan cara yang menarik untuk mendorong penukaran. Melalui pengembangan dan pelaburan dalam membina keupayaan untuk mendorong penyelesaian inovatif yang baharu untuk jenama-jenama, kami berharap kami dapat menakrifkan semula sektor media digital dan hiburan Asia Tenggara dan untuk kekal menjadi platform pilihan untuk digunakan oleh jenama-jenama."

Dengan kehadiran dalam empat pasaran di seluruh Asia Tenggara, Hepmil Media Group menyaksikan prestasi pendapatan yang kukuh pada tahun 2020 walaupun dengan cabaran yang disebabkan oleh pandemik. Kumpulan ini mengaitkan prestasi yang mantap dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap kandungan dalam talian dan inventori pengiklanan tatkala jenama-jenama beralih kepada pendekatan yang mengutamakan ciri-ciri digital bagi mendekati kumpulan pelanggan dalam talian yang semakin bertambah.

Sejak tahun 2015, Hepmil Media Group berkembang menjadi lebih daripada platform media digital dengan keupayaan dalam teknologi dan penerbitan, pengurusan bakat dan pelakon serta penyediaan inventori media khusus untuk sektor e-sukan di Asia Tenggara. Syarikat ini kekal untung sejak penubuhannya sambil mengembangkan aliran pendapatannya daripada satu kepada lapan.

Ini termasuk penembusannya ke Indonesia pada awal tahun ini melalui perkongsian eksklusif dengan EVOS Esports yang bermatlamat untuk menumpukan perhatian kepada pasaran e-sukan yang semakin berkembang dalam pasaran dan seluruh rantau ini dan bagi memberikan jenama-jenama dan bakat-bakat dengan platform tambahan untuk berhubung dengan khalayak yang benar-benar terlibat.

Jeffrey Seah, Rakan Kongsi, Quest Ventures berkata: "Platform kandungan digital berkembang menjadi pasaran e-dagang, dataran bandar komuniti dan outlet akses kredit tatkala ekonomi digital menambah baik kompak sosial dan tabiat peribadi. Dengan khalayak yang semakin didigitalkan di Asia Tenggara, pengguna dan organisasi mencari jalan yang berbeza, alternatif dan semasa untuk berkomunikasi, berbual dan bertukar. Kami kagum dengan pengasas dan barisan kepimpinan Hepmil Media Group buat seketika dan kami merasakan ia berkedudukan baik untuk mencapai visinya bagi menjadi pengusaha utama dalam bidang media Asia Tenggara melalui komitmennya dalam memperluas jejak diaspora dan keupayaan perkhidmatan profesional."

Dana tambahan akan digunakan untuk menyokong rancangan pengembangan strategik kumpulan ini dalam beberapa bulan akan datang, termasuk:

  • Penubuhan Bent Pixels Asia Private Limited, satu usaha sama antara Hepmil Media Group dan Bent Pixels di Asia Pasifik. Beribu pejabat di Singapura, Bent Pixels Asia akan membolehkan Hepmil Media Group memperluas pengaruh dan jangkauannya dalam komuniti e-sukan di Asia Tenggara dengan menjadi penyedia pilihan untuk media terpelihara YouTube di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.
    Mike Pusateri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bent Pixels berkata: "Kami tidak dapat membayangkan rakan kongsi yang lebih baik untuk menembusi Asia Pasifik berbanding Hepmil Media Group. Rekod pencapaian mereka dalam penglibatan audiens dan menyampaikan keputusan yang berkesan untuk jenama-jenama dalam aspek pengguna sememangnya merupakan kepakaran terbaik yang kami perlukan untuk menembusi pasaran yang sangat mencabar ini memandangkan tiada pendekatan yang sesuai untuk semua keadaan. Kami berharap dapat melihat bagaimana kami dapat membawa perkongsian kami ke tahap yang lebih tinggi dan memberi nilai yang lebih besar kepada jenama dan pencipta e-sukan di Asia Tenggara."
  • Pengembangan Hepmil Creators' Network, yang menghubungkan pencipta komedi dan hiburan yang terkemuka dan sedang meningkat naik di rantau ini untuk mencipta kandungan secara bersama dan memanfaatkan inventori iklan simpanan bagi memastikan kempen-kempen sasaran menarik dan berkesan. Ketika ini, Rangkaian ini menampilkan lebih 300 pencipta di Asia Tenggara, menyumbang kepada lebih tiga bilion tontonan bulanan.
  • Memperdalam keupayaan SGAG, MGAG dan PGAG untuk menyokong bidang kandungan khas baharu seperti perdagangan sosial. Ini akan melibatkan program inkubasi baharu untuk memperkasa pencipta mengembangkan keupayaan penjualan sosial mereka dan perkongsian dengan rakan e-dagang serantau bagi mendorong usaha terus-kepada-pengguna mereka.
  • Memperluas pasukan bagi menyokong pengembangan operasi di rantau ini serta penciptaan peranan baharu untuk menyokong pembangunan yang selanjutnya dalam bidang media digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai HEPMIL Media Group, kunjungi www.hepmil.com

LATAR BELAKANG HEPMIL MEDIA GROUP 

Hepmil Media Group ialah sebuah syarikat media berpandukan teknologi serantau yang mengendalikan platform kandungan digital yang popular seperti SGAG, MGAG, PGAG serta agensi pencipta digital Hepmil Creators' Network (HCN). Cabang kandungan asli kumpulan ini menerbitkan kandungan yang mendekati lebih 30 juta orang Gen Z & milenial di seluruh rantau ini setiap minggu sementara rangkaian penciptanya bekerjasama dengan lebih 300 pencipta kandungan digital terkemuka di rantau ini yang menghasilkan lebih 3 bilion tontonan secara bulanan.

Hepmil Media Group mempunyai pejabat yang terletak di Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta dan Manila dengan menggaji lebih 100 pekerja dalam empat negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.hepmil.com/ 

LATAR BELAKANG QUEST VENTURES 
Quest Ventures ialah dana modal teroka yang terkemuka di Asia. Portfolionya yang terdiri daripada lebih 90 syarikat yang disokong oleh usaha niaga beroperasi dalam lebih 150 bandar di seluruh Asia, mencipta peluang pekerjaan dan kemajuan untuk lebih daripada 4,400 pekerja manakala usaha Perusahaan dan ESGnya memberi kesan langsung kepada beribu-ribu lagi. Syarikat-syarikat portfolionya terdiri daripada syarikat-syarikat unikorn dan ternama seperti Carro, Carousell, ShopBack, 99.co dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut:www.questventures.com

LATAR BELAKANG BENT PIXELS 
Bent Pixels ialah platform media gaya hidup permainan yang terbesar di dunia. Menggunakan teknologi, Bent Pixels menawarkan pencipta premium dengan pelbagai aliran pendapatan dan pengiklan dengan akses kepada khalayak yang sukar dijangkau secara meluas dalam persekitaran jenama yang selamat.

Ditubuhkan pada tahun 2009, Bent Pixels memanfaatkan kepakaran selama lebih sedekad dan hubungan mendalam menerusi bidang video dalam talian yang berkembang pesat dan mengalami pertumbuhan tinggi ini. Meraih keuntungan setiap tahun sejak penubuhannya, tanpa hutang atau dana luar, Bent Pixels mempunyai pejabat di Las Vegas dan Los Angeles dengan ahli-ahli pasukannya berada di seluruh dunia.

SOURCE Hepmil Media Group


Copyright PR Newswire 2021 PR Newswire. All Rights Reserved.